Friday, July 25, 2008

cinta menurut mataku

disebalik tirai cinta

sungguh indah bicara cinta,
sungguh manis berbual cinta,
langit mendung bisa cerah,
awan kelabu bisa putih,
hujan basah bisa kering,
semua sesuai dengan sang pencinta.

ada apa dengan cinta?
ada apa disebaliknya?
suka, gembira, sedih atau duka?
persoalan yang penuh tanda tanya,
bingung aku seketika,
memikirkan soal cinta.

kenapa ada cemburu?
mana datang sombong serta egois?
mengapa goyah prinsip dan pegangan?
perasaan mengetuk dinding hati,
ada yang sedar ada yang alpa,
sakit! umpama menikam gunting dihati sendiri.

namun,
inilah yang dipanggil cinta,
pengorbanan, perjuangan harus ditempa,
sebelum mencapai kenikmatannya,
bertumpah darah sebelum menang peperangan,
memerah otak sebelum mencapai kemerdekaan.

cinta,
bukan sekadar memetik bunga dilaman,
bukan hanya menyemai benih ditanah terbuka,
belajar merangkak sebelum berjalan,
penuhi ilmu sebelum berdebat,
cinta haruslah bersedia.

lafaz aku cinta padamu belum cukup,
perlu datang dari lubuk hati yang ikhlas,
renungan mata yang jernih penuh kesucian,
ucapan penuh rasa kasih,
sanggup berdepan maut demi cinta,

itulah yang dinamakan CINTA.

love all..
lihat sekelilingmu..
berkongsilah kurniaan cinta yang Esa ini.

disini aku bermula

assalamualaikum..
salam sejahtera...
permulaan yang harus kunyatakan...
sebagai mukaddimah corat-coret ini...

disini aku bermula...
cuba menyiarkan emosiku kepada dunia...
disini aku bermula...
cuba berkarya tanpa mendabik dada...
disini aku bermula...
cuba meringankan beban di jiwa...
disini aku bermula...
merekod coretan dunia melalui sepasang mata...
disini aku bermula....
tanpa rasa ragu malu juga gila...
disini aku bermula...
dengan lafaz bismillah kepada yang esa...
disini aku bermula...
tanpa perlu aku mementaskan muka...

alhamdulillah...
kerana akhirnya dapatku ucapkan kalimah...
disini aku bermula...