Sunday, December 28, 2008

Seni Teguk Tonggang

minum lagi,
minum lagi,
lagi,
lagi,
inikah gaya persona muslim kini?
kencing syaitan jadi darah daging?
tanpa rasa malu atau jijik.

tidak sabar menanti,
janji Tuhan tentang cecair ini,
di syurga menanti,
tidak juga peka,
dengan balasan Tuhan,
setitik sahaja mampu meninggalkan onar pada diri.

mungkin diriku kolot,
tidak arif dalam bidang ini,
tapi perspektifku tetap sama,
jika diizin Tuhan,
aku malu dengan seni ini,
taubat nasuhaku dengan hanya melihat seni ini.

Tuhan,
kembalikan,
kupohon,
biarlah ayat "i'm a muslim don't panic",
benar-benar bermakna.