Thursday, April 9, 2009

kotak diri.

ku berada di dalam kotak..
kiri dinding,
kanan dinding,
atas dinding,
bawah dinding......

serabut fikiran,
gelap minda,
dengan kekosongan ini,
terasa penuh walaupun sebenarnya kosong...

weird huh?
a very wise man sitting in a dark box...

peluru soalan berkata...
"mengapa tak kau panjat sahaja keluar?"
"mengapa tak kau koyakkan sahaja dinding itu?"

jawapanku....
kalau bisa, telah lama ku lakukan...
i've tried to think out of the box...
i've tried to imagine i'm outside of the box...
tapi semuanya kembali kotak...

ku kembali duduk,
mencangkung dikepung dinding...
dimana salahnya?
dimana lubang untukku keluar...

sebenarnya...
semuanya ada dalam diriku...
semuanya tersemat dalam diri insan yang bergelar manusia...
hanya perlu dirobekkan hati...
dikoyakkan selaput durjana yang menyelimuti iman...
membakar semangat yang terperuk disudut hati...

aku berjanji...
hari ini...
akanku lebarkan sayap pemberian Tuhan ini...
hari ini...
akanku berdiri teguh dengan tegak...
hari ini akanku...

KELUAR DARI KOTAK INI.

DAN TIDAK MAHU KU KEMBALI KE KOTAK INI.

Tuesday, March 10, 2009

prosa 'tuk archiholic

semakin hampir ke angka 3,
semakin tegar hatiku,
semakin goyah egoku,
semakin gigil jiwaku.

betapa akanku rindu riuhmu,
betapa akan terngiang ketawamu,
betapa akan teringat tangismu,
betapa akanku teringat kasihmu.

sebak bila terkenang 'gaijin' pada dulunya,
kini hampir menjadi darah daging ku.

pilu bila melihat kalendar berjalan dengan pantas,
menghampiri saat perpisahan itu.

arrgh! ingin saja aku luah segala,
aku cinta kamu semua,
kamu adik,
kamu abang,
kamu kakak,
kamu rakan,
kamu sahabat,
kamu teman,
kamu kekasih,
kamu segala bagiku.

mengapa perlu berjumpa kalau akhirnya berpisah?
mungkinkah archiholic akan kembali lagi kepadaku?
disini kita bertemu,
dan disini kita berpisah...

mungkin bukan selamanya,
sementara sahaja,
atas izin diatas sana hendaknya.

Saturday, March 7, 2009

puisi sepi

ku pinjam puisi indah ini dari filem sepi...

bisikku pada bulan,
kembalikan,
temanku,
kekasihku,
syurgaku,
tanpa dia,
malam menemani aku,
sepi memelukku,

bulan jangan biar siang,
biar alam ini kelam,
biar ia sepi seperti ku.

Sunday, February 22, 2009

boikotttt...

i refer this post to mr omong.kosong (sketchinta),,,

i dont think boycott is necessary because you will end up as a hypocrit person...
dont trust me?lets argue...

1. we shall start with food. aku tak nak beli dah label yang diboikot, tapi kalau orang offer aku, aku makan...doesn't that can be considered as hipokrasi?

2. aku kerja dalam studio till 5 in the morning..pukul 2 dah lapar...without any foods surrounding me, my only option is delivery...sanggup berlapar?

3. sibuk berkata-kata tentang boikot...sedang aku menulis, interface, search engine, hardware semua berunsur israel...so???

4. hair product, hygienic product? does loreal ring a bell?

bukan niat di hati nak jadi insan tak berhati perut,
bukan hajat di hati ingin lupakan saudara dalam kesusahan,
tapi fikirkan, renungkan dan teliti kembali niat kita,
insyAllah jika niat diperkenan Tuhan,
walau segunung label israel aku beli,
sedikit pon ia tak membantu dalam perang tersebut.


jangan emosi. fikir dengan teliti.

Thursday, February 12, 2009

pertukaran.

malaysian + italian


proper attire in a mosque


tukar.
exchange.
sama sahaja perginya.
sama saja ertinya.
ikat persahabatan.
buat ramai kawan.
belajar cara orang.
ajar cara kita.
jangan jadi katak.
sembunyi dibawah tempurung.
bangkit anak muda.
bangun bersama.
mula dengan tukar.
teruskan.
teruskan.
teruskan menimba.
ilmu yang Esa.

Friday, January 30, 2009

karya hitam putih














ku bicara melalui gambar,
dari lensa aku melihat,
dari lensa aku berkata,
dari lensa aku teliti,
dari lensa kudapat segala.

ada yang pegun,
ada yang bergerak,
ada yang menitiskan air mata,
ada yang penuh gelak tawa,
kesemua citrawarna kehidupan.

aku singkirkan warna,
supaya dapat kamu menilai,
warna-warni itu sendiri,
melalui lakaran hitam dan putih.












Sunday, December 28, 2008

Seni Teguk Tonggang

minum lagi,
minum lagi,
lagi,
lagi,
inikah gaya persona muslim kini?
kencing syaitan jadi darah daging?
tanpa rasa malu atau jijik.

tidak sabar menanti,
janji Tuhan tentang cecair ini,
di syurga menanti,
tidak juga peka,
dengan balasan Tuhan,
setitik sahaja mampu meninggalkan onar pada diri.

mungkin diriku kolot,
tidak arif dalam bidang ini,
tapi perspektifku tetap sama,
jika diizin Tuhan,
aku malu dengan seni ini,
taubat nasuhaku dengan hanya melihat seni ini.

Tuhan,
kembalikan,
kupohon,
biarlah ayat "i'm a muslim don't panic",
benar-benar bermakna.