Thursday, September 10, 2009

sisihkan dosaku.

semalam aku melihat langit terang bertemankan bulan,
hari ini bulan hilang ditelan kabus malam,

semalam aku berjalan diatas rumput yang subur menghijau,
hari ini tersedak aku menyedut habuk-habuk dari lantai rumah yang usang,

semalam aku berenang di lautan yang dalam dan tenang,
hari ini aku lemas dalam air mataku sendiri,

kau ampunkanlah dosaku,
kau sisihkanlah segala kesalahanku,

kerna hanya itu yang mampu aku katakan padamu.

Sunday, August 23, 2009

diriku.

aku dahulunya aku.
aku bangga dengan diriku.
aku selesa dengan diriku.
duniaku tahu aku adalah aku.

tapi kini.
aku bukan aku.
aku sendiri tak kenal diriku.
aku sendiri benci dengan diriku.
sudah pasti orang lain tidak tahu siapa diriku.

Wednesday, August 5, 2009

aku dan bumi.

andai aku seorang penulis,

akanku karang puisi indah buatmu.

andai aku seorang pelukis,

akanku corakkanmu dengan keamanan.

andai aku seorang artis,

akanku nyanyikanmu irama ketenangan.

andai aku seorang doktor,

akanku rawat segala luka pada dirimu.

andai aku seorang polis,

akanku kawal dirimu sepenuh hatiku.

andai aku seorang menteri,

akanku sampaikan hujah-hujah untuk selamatkanmu.

andai aku seorang arkitek,

akanku cipta bangunan yang tidak menyakitimu.

andai aku seorang guru,

akanku didik anak-anak muda supaya menghormatimu.

namun aku hanya insan biasa.

tidak berkuasa.

tidak berdaya.

apa yang aku ada hanyalah hati dan perasaan.

bumi,

aku hanya mampu mengasihi dirimu.

aku hanya mampu mencintai isimu.

bertahanlah!

demi anak cucuku.

demi generasiku.

demi ciptaan TUHAN yang bergelar,

MANUSIA.

Sunday, August 2, 2009

?

aku kembali ke masa dahulu.
menggadai masa demi apa?

masih termanggu dipagi hari.

apa yang aku raih?

kejam sungguh masa.

tiada belas kasihan.

kecewa aku dengan diri sendiri.

c'mon.

grow some beard.

grey hair.

MATURED! 

Wednesday, June 17, 2009

(r) u m .i





tulisan warisan.
itu rumi.
bahasa bangsa.
itu rumi.
pentas kami.
itu rumi.
keindahan senibina.
itu (R)um.i


Sunday, May 24, 2009

langit mendung.

kekadang aku rasakan langit lebih cerah tanpaku..
kekadang aku rasakan pelangi lebih indah tanpaku...

ada kala aku tertipu...
ada kala aku menipu...


keliru...
resah....
lemah...
penat...


aku kah yang salah?
aku kah yang berdosa?


kau lebih ceria tanpa ku...
bersinar mata mu...
bahagia senyum mu...


awak...
kita...
mana?
bagaimana?


maafkanku~

Saturday, May 9, 2009

Tambah Tolak Darab Bahagi

Ini coret anak senibina,

Bernaung dibawah nama Arco,

Berbumbungkan bangunan merah dan kuning,

Bersendirian bertemankan lukisan..

 

Ini diri kami,

Ini masa kami,

Ini karya kami,

Ini cinta kami,

Elemen yang akan kami siarkan,

Di tambah tolak darab bahagi...

 

Kami punya cara,

Kami tambah ilmu dalam apa jua perkara,

Berputus asa bukan jawapannya...

 

Walaupun umpama keluarga diantara kami,

Tapi kami cuba menolak kontroversi,

Agar  tiada masalah dan mudah dibenci...

 

Kami dihantui kerja,

Dilatih untuk mendarabkan usaha,

Berpeluh tenaga dengan lukisan kami berkarya...

 

Kami dicemburui masa,

Dipaksa membahagikan masa,

Jika masih mahu berdiri tegak mendabik dada...

 

Kenali kami,

Komunikasi dengan kami,

Akan kami layarkan fikiran anda,

Kedalam dunia SENIBINA.